Buat Aduan Bukan Hanya Dengar Cakap Dari Mulut

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan meminta mana-mana jurulatih yang berdepan !su gaji dan pampasan tidak berdiam diri, sebaliknya membuat aduan rasmi kepada persatuan itu.

Beliau mendedahkan hanya dua jurulatih yang tampil mengemukakan aduan rasmi kepada PJBM selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membatalkan saingan Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) pada Jun lalu, dengan pasukan perlu membayar ‘pampasan’ sekurang-kurangnya 25 peratus daripada gaji keseluruhan kepada jurulatih dan pemain.

Katanya, PJBM tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sekiranya ramai jurulatih yang hanya menyuarakan masalah mereka dengan pasukan masing-masing tanpa membuat aduan rasmi.

Kita tak boleh sekadar mendengar cerita dari mulut. Kita perlukan aduan rasmi baru boleh ambil t!ndakan, katanya kepada BH Sukan, semalam.Kalau kes polis pun kena buat aduan dulu, baru kita tahu cerita sebenar. Berapa dia dapat bayaran, berapa dia dijanjikan, kalau takut kena tindakan jangan jadi jurulatih.

Ada yang cakap tak dibayar gaji, ada yang kata tak puas hati dengan (pampasan) 25 peratus. Tapi kalau diam, mana saya tahu anda dapat gaji atau tak dapat apa.Macam dua pengadu yang sudah buat aduan. Kita bersama FAM bantu selesaikan kes itu. Jadi kalau hanya memaklumkan kita melalui mulut kita tak tahu.

Dalam perkembangan sama, Sathianathan yang juga jurulatih Selangor menjelaskan pihaknya sedia membantu mana-mana jurulatih untuk membuat afidavit bagi mengemukakan aduan rasmi berkaitan masalah yang mereka hadapi.

Katanya, PJBM juga sentiasa berhubung dengan FAM dalam memastikan perm@salahan yang dihadapi jurulatih terutama berkaitan !su gaji dan k0ntrak dapat diselesaikan dengan baik dan adil.

Kami ada hubungan baik dengan FAM dan presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau (Hamidin) sentiasa jaga kebajikan jurulatih dan pemain yang mana beliau selalu tanya saya jika ada apa-apa masalah.

sumber:BH

“Jadi apa masalah sekarang? Masalahnya ada yang tidak melaporkan kepada kita secara rasmi untuk tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.