Kemboja Kenduri Gol

Kemboja merekodkan kemenangan pertama dalam saingan bola sepak Sukan SEA 2019 dengan penuh bergaya dengan menewaskan Timor Leste 5-0 di Stadium Memorial Rizal di Manila, Filipina, sebentar tadi.

Kemboja hampir merakamkan kemenangan pertama dalam saingan Sukan SEA namun terikat 1-1 dengan tuan rumah, Filipina dalam aksi pembukaan.

Wira Angkor itu telah diberikan peluang keemasan oleh Timor Leste apabila penjaga gol, Aderito Fernandes, terpaksa mendakap bola menerima hantaran belakang oleh pemain pertahanan hingga memberikan s3pakan percuma dalam kotak penalti.

S3pakan percuma yang diambil Sin Kakada terkena pertahanan membuatkan Aderito tersalah langkah bagi membenarkan skuad kendalian Felix Dalmas itu mendahului pada minit ketujuh dalam aksi kumpulan A.

Aderito sekali lagi diuji pada minit ke-36 menerusi r3mbatan jarak jauh, tampanannya memb!as bola terkena palang sebelum Keo Sokpheng pantas meny@mbar untuk menjaringkan gol kedua namun ia telah dinafikan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Kemboja akhirnya mendapat ruang bern@fas pada minit ke-70 apabila Reung Bunheing menjaringkan gol selepas menerima hantaran silang Seut Baraing.

Sokpheng di sebalik jaringan ketiga Kemboja tujuh minit kemudian apaibla percubaannya yang ditampan Aderito disempunakan oleh pemain gantian, Sieng Chanthea.

Chanthea kemudian bertindak melakukan bantuan jaringan apabila lorongannya membenarkan Sokpheng menjaringkan keempat perlawanan — yang kedua buat dirinya sepanjang saingan Sukan SEA.

Jaringan kelima hadir pada peghujung permainan Bunheing melengkapkan kemenangan Kemboja sekaligus meletakkan pasukan di tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *