‘Kembar’ Mohamed Salah jalani sesi percubaan bersama Pasukan Pantai Timur

Posted by Kelantan United Football Club on Tuesday, December 31, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah yang merupakan ik0n pemain bolasepak Muslim pada masa kini. Tetapi tidak ramai yang tahu beliau mempunyai seorang ‘kembar’ yang juga seorang pemain b0lasepak yang berasal dari Mesir. Waleed Adel sebenarnya tidaklah mempunyai apa-apa pertalian da rah dengan Salah.

Tetapi disebabkan wajahnya mirip kapten pasukan bolasepak Mesir itu, kelibatnya telah mencuri p1erhatian orang ramai setiap kali turun ber@ksi. Bekas pemain kelab Mesir El Nasr SC itu telah tiba di Kelantan sejak Sabtu lepas dan kini sedang menjalani sesi percubaan dengan pendatang baharu Liga Premier, Kelantan United. Pada petang Selasa, beliau diturunkan oleh Kelantan United dalam perlawnan persahabatan menentng UiTM Machang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu.

Dalam perlawnan tersebut, Waleed Adel telah menyumbat dua gol dan keputusan perlawnan memihak kepada Kelantan United dengan keputusan 10-0. Dalam dua perlawnan persahabatan setakat ini, pemain tersebut telah pun membuktikan kemampuannya dengan menjaringkan empat gol serta melakukan tiga bantuan jaringan.Pemain berusia 26 yang bermain di p0sisi sayap kanan ini sebelum ini dilaporkan turut menjalani sesi percubaan dengan kelab Thai League 2, Ranong United. Waleed Adel pernah beraksi bersama kelab Thailand, Nara FC sebelum kembali semula ke Mesir pada 2017.

Kelantan United sebelum ini sudah pun sah mengikat k0ntrak seorang pemain import iaitu Gassama Alfusainey. Pemain berusia 23 tahun dari Gambia itu telah menyertai skuad Kijang Hijau pada pertengahan musim lepas dan membantu pasukan tersebut menjuarai Liga M3.Gassama telah menjaringkan 26 gol dan mencipta 6 bantuan gol dalam 18 perlawnan termasuk mencatat hatrik dalam penampilan pertamanya ketika berdepan Penjara FC.