Kelantan FC Pilih L@ngkawi

Kelab Bola Sepak Kelantan Kelantan FC buat julung kalinya akan membuat kelainan pada majlis pelancaran jersi dan pengenalan barisan pemain serta jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini dengan menganjurkannya di luar Kelantan.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata pihaknya sudah memutuskan supaya The Red Warr!ors Villa Abadi Langkawi sebagai lokasi majlis yang dinanti-nantikan oleh peminat dan penyok0ng pasukan itu.

Majlis itu akan berlangsung secara tertutup pada 1 Februari mengikut prosedur 0perasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memutuskan rantaian p@ndemik C0-v!d-19.

Pada masa yang sama, kita mahu memperkenalkan TRW Villa Abadi kepada pemain ke-12 penyokong pasukan Kelantan FC, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelantan FC diambil alih sepenuhnya oleh ahli perniagaan berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan .Norizam berkata TRW Villa Abadi adalah antara aset Kelantan FC dalam menjana pendapatan jangka panjang pasukan itu.

Musim ini Kelantan FC akan tampil dengan tiga warna jersi termasuk warna merah yang akan terus menjadi pakaian ker@mat pasukan dalam mengharungi saingan Liga M nanti.

Dua lagi warna tunggu pada majlis itu nanti. Jersi tahun ini akan tampil dengan gaya yang lebih segar, katanya.Norizam berkata jersi pasukan itu akan dijual pada harga mampu milik kepada seluruh peminat TRW.

sumber:HM

Insy-Allah musim 2021 Zamburger Malaysia Sdn Bhd dan Radio Zamburger akan menjadi penaja utama Kelantan FC, katanya.