Kelantan FA Bertambah Par@h

KETIKA rata-rata pasukan bersemangat mahu kembali mewarnai Liga Malaysia (Liga M) yangterhenti lebih empat bulan akib@t Perintah Kaw@lan Pergerakan (PKP), Kelantan berbeza pula pendirian apabila mahukan ia dibatalkan terus berikutan pelbagai masalah.

Kelantan yang berhadapan isu tunggakan gaji dan hut@ng membabitkan bekas pemain selain perubahan pucuk pimpinan, kini melihat saingan Liga M yang bakal bersambung hujungbulan ini bagaikan ‘b@la’ sekali gus membayangkan situasi pasukan bertambah ten@t.

Malah, isu penswastaan pasukan sebelum tarikh akhir 30 September ini juga masih belum selesai sepenuhnya dengan beberapa perkara masih lagi dalam perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat.

Perkara terbabit diluahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Hussin Deraman yang ketika ini masih lagi bertungkus lumus menyelesaikan isu berkenaan dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, situasi yang melanda Kelantan menyebabkan ada exco Kafa mencadangkan supaya pasukan dari pantai timur itu menarik diri daripada saingan Liga M pada musim ini bagi memperbetulkan kembali ‘ker0sakan’ dan masalah yang melanda.

Sudah tentu apabila saingan Liga M bersambung, setiap perlawnan memerlukan kos lebih tinggi membabitkan pengangkutan, penginapan dan kawalan keselam@tan.

Bertambah p@rah, penonton pula tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium sekali gus Kelantan hilang sumber kewangan yang boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan itu.

Jika melihat pada situasi sekarang, lebih baik Liga M dibat@lkan seterusnya boleh memberi tumpuan menyelesaikan tunggakan gaji dan penswastaan yang tinggal dua bulan lagi tempoh akhir, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Saingan Liga M bersambung 26 Ogos ini selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pand3mik C0v!d-19.

Keputusan menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu dicapai selepas menilai banyak faktor termasuk tempoh persiapan pasukan bertanding dalam memastikan kualiti Liga M lebih kompetitif dan berkualiti.

Pertandingan Piala Malaysia yang bermula pada 17 Oktober akan berakhir pada 7 November manakala Piala FA serta Piala Cab@ran dibat@lkan.