Kedah Puas walaupun Tewas

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar hatrik apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat tiga musim berturut-turut selepas menew@skan Kedah 1-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.G0l tunggal Mauricio Dos Santos sudah memadai buat skuad H@rimau Selatan melakar kemenangan kelima aksi sumbangsih sekali gus merangkul tiga mata pada aksi liga yang menyaksikan aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan. Tiada perubahan ketara dilakukan jurulatih Benjamin Mora dalam kesebelasan utama apabila mengekalkan muka lama dan hanya menyenaraikan Matthew Davies membarisi skuad utama selaku pemain baharu H@rimau Selatan manakala Liridon Krasniqi yang pada awalnya dijangka diturunkan sekadar berada di bangku simpanan.

Percubaan pertama skuad Lang Merah hadir pada minit kesembilan selepas bola sepakan lintang Kipre Tchetche hampir disambar Hadin Azman yang menyep@k bola tersasar dari gawang gol tuan rumah dan Hadin sekali lagi melakukan percubaan selang seminit namun Farizal Marlias sudah bersedia menangkap bola kemas. Sepanjang 20 minit perlawnan yang berintensiti tinggi, anak didik Aidil Shahrin Sahak tampak lebih berbah@ya apabila gerakan menarik Azmeer Yusof yang melintangkan bola tepat kepada kapten Baddrol Bakhtiar yang kemudian melenc0ngkan bola namun sipi dari gawang gol skuad H@rimau Selatan.

Skuad H@rimau Selatan yang `lambat pan@s’ mula mencem@skan gawang pelawat pada minit ke-36 selepas bola gerakan Leandro Velazquez mengumpan bola kepada Gonzalo Cabrera yang pantas merembat bola tepat ke penjuru kiri namun penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim sempat melayangkan badan menepis bola keluar. Ketika aksi berbaki seminit ditamatkan pada babak pertama, berpunca daripada bola sep@kan lintang Cabrera menyaksikan pemain pertah@nan JDT, Dos Santos sempat melonjak di celah benteng pertah@nan pelawat untuk menanduk masuk menew@skan Ifwat Akmal.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan menambah jaringan namun pada minit ke-53, Safawi Rasid terlepas peluang terhidang biarpun berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola tolakannya sekadar sipi di penjuru kanan gawang pelawat ketika Ifwat sudah tertew@s. Apa yang pasti kemenangan JDT di `rumah baharu’ mereka bakal memberi isyarat awal betapa pasukan itu tampak bersedia mengharungi ranjau berliku saingan liga elit d0mestik sambil mengintai keju@raan liga ketujuh berturut-turut.

sumber:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *