Kedah mela rang Makanan ini dibawa masuk ke Stadium Darul Aman wajar dipuji

Kebersihan adalah keadaan yang bebas daripada kotoran, termasuk debu, sampah, dan bau. Isv menjaga kebersihan sudah lama menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Namun, ia kembali popular apabila penyokong bolasepak Jepun menunjukkan teladan yang baik dengan mengutip sampah sebaik sahaja pasukan mereka menamatkan perlawnan di mana-mana stadium dari seluruh dunia.

Ramai dalam kalangan penyokong tempatan memuji dan sangat mengagumi mentaliti yang ditunjukkan oleh penyokong Jepun tersebut. Tetapi mal4ngnya, peminat bolasepak tempatan gagal mempraktikkan apa yang telah dilakukan oleh penyokong Jepun dalam stadium bolasepak di Malaysia.

Penulis tertarik dengan langkah pengurusan Stadium Darul Aman dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengha ramkan kemasukan kuaci ke dalam stadium. Ia adalah tindakan yang bijak bagi memastikan kawasan tempat duduk bersih dan lebih selesa.

Larangan kuaci ini telah dilaksanakan sejak musim 2017 dan peraturan ini masih kekal menjelang se.pak mula Kelayakan AFC Champions League 2020 di antara Kedah menen tang kelab dari Hong Kong, Wofoo Tai Po FC pada malam ini.

GRAFIK: Kedah FA

Satu perkara yang sering kita lihat selepas perlawnan liga tempatan adalah sampah sarap yang ditinggalkan oleh penyokong. Kulit kuaci, bekas makanan, dan kepingan tiket dapat dilihat bersepah di lantai dan kawasan tempat duduk. Ia memberikan imej yang buruk kepada pasukan dan di mata pelancong asing.

Para penyokong tegar selalu melaungkan kata-kata keramat seperti “This Is Our Home”, “Our Home Our Rules” dan sebagainya tetapi mereka sendiri pun tidak menjaga kebersihan ‘rumah sendiri’.

Walaupun ada petugas yang diupah untuk membersihkan kawasan itu, ia tidak bermakna anda boleh membuang sampah sewenang-wenangnya. Penyokong juga harus ada kesedaran bahawa menjadi seorang ‘cleaner’ itu merupakan kerja yang sangat mulia.

Penyokong Jepun membersihkan sampah selepas tamat perlawnan.

Membersihkan stadium ini, bukanlah pekerjaan yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak termasuk para penyokong sangat diperlukan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh makcik dan pakcik ‘cleaner’ stadium tersebut.

Bagi penulis, sebuah negara yang maju bukan diukur melalui berapa banyak bangunan pencakar langit yang dibina tetapi melalui men.taliti rakyatnya yang suka menjaga kebersihan. Kita perlu bermula sekarang.