Kedah kecewa dengan tindakan MFL

Persatuan BolaSepak Kedah (KFA) menyatakan kecewa mereka dengan tindakan Malaysia Football League (MFL) yang membatalkan geran yang bakal diperuntukkan kepada negeri-negeri yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Ianya dianggap tindakan yang memberikan kesulitan kepada pengurusan bolasepak.

Walaubagaimanapun Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Harris menyatakan kekecewaan itu kepada pihak media.

Asmirul turut mengesahkan KFA menerima dana yang lebih besar daripada kerajaan negeri bagi menghadapi musim baru.

Cuma penarikan geran itu telah membuatkan sebahagian besar dana pasukan hilang. Dan KFA perlu mencari dana tambahan yang baharu selepas ini.

KFA menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri kerana Kedah akan bersaing dalam pertandingan AFC selepas ini.

KFA kini sedang giat mencari dana tambahan. Antaranya dengan menjual cenderamata pasukan Kedah.

Dipetik daripada Awani, Asmirul berkata: “Kita juga bermain Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, mungkin (mengharapkan) ada tambahan sedikit. Jadi bagi pihak KFA, kita kecewa pada apa yang diumumkan oleh MFL.”

“Dalam masa yang sama kita bersiap sedia mencari penajaan utama bukan saja daripada GLC, swasta dan sebagainya.”

“Kita juga menjual apa-apa cenderamata yang melambangkan logo helang merah atau KFA itu sendiri seperti jersi, rantai kunci atau koleh,” ujarnya lagi.

Kedah mengekalkan Aidil Sharin sebagai jurulatih mereka. Jurulatih dari Singapura itu merupakan calon akhir untuk jurulatih terbaik ABK19 yang lalu.

Kedah dalam persiapan yang intensif pada ketika ini untuk menghadapi musim baharu.

Kedah sudah mendapatkan beberapa pemain import dan pemain tempatan yang baharu bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka.