Kedah FC Kekalkan Warna Hijau

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC melancarkan jersi baharu dengan mengekalkan warna tradisi hijau dan kuning, sebentar tadi.

Jersi hijau dan kuning itu akan dipakai ketika beraksi di laman sendiri, manakala warna hijau dan merah akan digunakan apabila beraksi di laman lawan pada tiga pertandingan utama musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Pelancaran jersi itu dibuat secara virtual melalui laman Facebook KDA FC.

(20) Kedah Darul Aman FC 2021 – Pelancaran Jersi Kedah – Padu Bag Ang – YouTube

Pada majlis itu juga, KDA FC mengumumkan barisan penaja musim 2021 dengan penaja utama Widad Langkasuka iaitu Widad Busines Group WBG .Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, WBG antara syarikat berpengalaman yang beroperasi dalam pelbagai industri di Malaysia.

KDA FC turut memeterai perjanjian penajaan bersama Cosmic Express sebagai pengangkutan rasmi selama setahun, katanya.