Kedah Dapat Ihsan Dari FAM

PERSATUAN Bolasepak Kedah  lega apabila diberi tempoh lanjutan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia  bagi melengkapkan dokvmen untuk pr0ses pel3senan kelab.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengesahkan perkembangan itu berkata tarikh akhir yang diberikan pihaknya bagi menyelesaikan urusan berkenaan sebelum ini adalah sehingga esok.

Urusan penyerahan dokvmen kini dalam proses dan kita diberi tempoh lanjutan sedikit, di mana saya telah merayu kepada FAM untuk diberi tempoh lanjutan yang mana sepatutnya kita selesaikan perkara itu esok.

Tempoh lanjutan itu FAM akan maklumkan dan diberi keizinan. Saya ucap terima kasih kepada FAM yang memahami s!tuasi dan saya difahamkan bukan Kedah sahaja, tapi banyak lagi negeri lain tidak dapat melengkapkan dokvmen itu.Sebenarnya dokvmen itu telah 98 peratus selesai, tinggal lagi perlu membuat bayaran penuh kepada tvnggakan berkenaan, katanya.

Dalam pada itu, Sanusi berkata KFA berhadapan tunggakan yang tinggi membabitkan jumlah tuntutan berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  dan Pertubuhan Keselamatan Sosial.Kami ada tunggakan yang banyak, di mana tanggungan berkaitan LHDN yang belum dituntut secara rasmi, namun tanggungan kepada KWSP telah dituntut, dan kami telah susun jadual pembayaran berkenaan.

sumber:HM

Tanggungan melibatkan Perkeso pula telah dibayar dan tanggungan gaji pun sudah bayar separuh, cuma ada sedikit lagi dan kami sedang usaha untuk lunaskan semua itu. Ada juga negeri yang terhutang tapi tak sebanyak kita (Kedah), ada negeri yang terhutang dua juta, tiga juta, tapi kami berjumlah sepuluh juta, katanya.