Kedah cabar JDT untuk kejuaraan Liga Super

Pengurus pasukan Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan mengesahkan bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran musim 2020, sekaligus mencabar JDT untuk kejuaraan Liga Super.

Katanya, kesemua barisan pemain sudah pun melaporkan diri dan dijangkakan tidak ada lagi pemain baharu yang akan menyertai Kedah.

“Boleh dikatakan pasukan kita sudah lengkap 100 peratus,” katanya kepada Arena Metro.

“Semua pemain import sudah melaporkan diri termasuk pemain tengah dan saya yakin pada musim ini kita akan dapat bergerak dengan lebih baik.”

Kedah sudah pun beraksi dalam tiga perlawanan iaitu Tambun Tulang FC, Piala Presiden Perak dan Kelantan.

Mereka kini sedang mengadakan siri pra-musim di Kemboja dan telah menewaskan Visakha FC dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Zaquan Adha pada minit ke-50.

Kedah akan dibarisi dua peny3rang berbisa iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Amin Nazari dan Hadin Azman pula menguatkan bahagian tengah Kedah.

Irfan Zakaria yang mampu bermain dalam beberapa posisi memberi nilai tambah kepada pasukan dari utara tanah air.

Musim lalu, Kedah menduduki tangga keempat Liga Super namun layak beraksi dalam pusingan kelayakan AFC Champions League selepas menundukkan Perak 1-0 dalam final Piala FA.