Kecewa Dan Pulang ke Pangkuan Kelantan United

Minggu lalu Kelantan United telah mengumumkan bintang import mereka Gassama Alfusaini kekal menyarung jersi pasukan itu musim 2020.

Kemudiannya dia didapati telah pergi menjalani trial bersama Pulau Pinang, dipercayai kerana tawaran lebih tinggi.

Begitupun, kami difahamkan walaupun telah menunjukkan sesuatu yang mengagumkan, dia masih gagal memikat Manzoor Azwira, justeru dipercayai mahu kembali semula ke pangkuan Kelantan United bagi merawat hati yang lvka.

Jika benar, pastinya khabar ini khabar gembira buat penyokong Kelantan United apatah lagi dia berjaya muncul penjaring kedua terbanyak pasukan itu pada 2019 dengan 27 gol meskipun hanya dibawa masuk pada pertengahan musim.