Karma Yang Gareth Bale Dapat.

Pemain Real Madrid, Gareth Bale sering kali dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab tersebut sejak dari waktu Cristiano Ronaldo bermain di sana hinggalah kini menyertai Juventus.Namun begitu, ianya kelihatan pemain tersebut bakal meneruskan waktunya di Sepanyol bersama kelab tersebut.Menurut laporan MARCA, Bale dijangka akan terus kekal di Real Madrid selepas tiada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau untuk musim baharu 2020/2021.

Beliau yang berada di bawah prestasi sebenarnya mempunyai masa yang cukup sukar dalam usaha untuk terus menjadi pemain yang dianggap bintang di Real Madrid. Dengan penyebaran wabak Covid-19, ianya turut mengecilkan peluang untuk Bale memilih untuk hidup di tempat lain selain Madrid dengan sebelum ini beliau sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Premier League.Tottenham Hotspur dan juga Manchester United adalah dua pasukan yang sering dikaitkan potensi untuk mendapatkan Bale dari Real Madrid.

Kini dengan potensi Newcastle United bakal memperoleh pemilik baharu, Bale dikaitkan dengan potensi untuk kembali ke Premier League dengan menyarung jersi belang hitam putih pasukan tersebut.Ianya bukanlah satu perkara yang mengejutkan sekiranya Bale cuba untuk meninggalkan Real Madrid walaupun tiada tawaran yang diterima oleh kelab tersebut untuk beliau memandangkan pemain itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Zinedine Zidane.