‘Kane cuba tarik kemaluan saya’

HARRY Kane tidak dapat menyembunyikan kekecewaan ketika tewas kepada Brighton dan salah satu kemungkinan disebabkan ‘tangan’ penyerang terbabit lebih sibuk menepis serta mengelak kekangan Lewis Dunk.

Kapten England itu seperti dipaksa untuk menunjukkan muslihat kepada pemain pertahanan Seagulls berkenaan cara untuk melepaskan kawalan pemain lawan pada perlawanan menyaksikan Tottenham tumbang 3-0.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya mampu melakukan lapan hantaran ketika Spurs mengalami kekalahan kedua di Stadium Amex termasuk empat daripada sepak mula perlawanan.

Bagaimanapun Kane juga melakukan kesalahan bola terkena tangan selepas berrebut bola dengan Dunk menyebabkan pemain Brighton terbabit merungut mengatakan pemain Spurs itu cuba untuk menarik kemaluannya.

Insiden berlaku ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berbaki dua minit untuk ditamatkan menyaksikan dua pemain terbabit berebut bola di tengah padang.

Dunk dilayangkan kad kuning kerana tindakannnya memaut leher Kane seperti bergusti sehingga dia terguling.

Pemain bek tengah itu kemudian berang dengan pemain England itu kerana tidak dikenakan sebarang tindakan selepas itu kerana mencangkuk kakinya.

Peminat yang marah dengan pertengkaran dua pemain itu menulis: “Kenapa dia memegang kemaluannya!”

Seorang lagi memberi reaksi: “Jika anda tidak dapat menewaskan mereka, pukul mereka.”

Seorang lagi menambah: “Dunk menunjukkan kemaluannya terbabit dalam pergelutan bersama Kane.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *