Kami Tuntut Siaran Langsung

MELAKA: Penyokong bola sepak di negeri ini gembira apabila saingan Liga Malaysia bakal dilangsungkan semula September depan selepas ditangguhkan susulan pandemik C0VID-19.Mengikut perancangan baharu Liga Bolasepak Malaysia itu, setiap perlawnan akan diadakan tanpa penonton seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan .Justeru, penyokong fanatik Melaka, Mohd Fazry Md Yunus menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia dan MFL memastikan terdapat siaran langsung di televisyen pada setiap perlawanan.Sebagai peminat sudah pasti kami mahu menyaksikan perlawnan membabitkan pasukan kesayangan masing-masing yang sinonim buat kami saban tahun ke stadium, katanya yang tidak terlepas menyaksikan pasukan Hang Tuah beraksi sebelum ini.

Mohd Fairus Mat Sirat pula berkata, siaran langsung perlu diadakan jika peminat tidak dibenarkan masuk.Walaupun berbeza lihat aksi di kaca televisyen berbanding di stadium namun sekurang-kurangnya ia mampu menamatkan kerinduan kami.Apapun, jika rantaian wabak berkenaan terputus sudah pasti mereka dibenarkan masuk walaupun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ketat, katanya.Menurutnya, dia juga mengharapkan tiada pemilihan mana-mana perlawnan tertentu sahaja disiarkan kerana difahamkan aksi juga tidak seperti jadual asal berikutan kesuntukan masa.

Semalam, Liga Bolasepak Malaysia mengesahkan kempen musim ini akan diteruskan pada September depan dengan format pertandingan turut dirombak dengan aksi Liga Super dan Liga Perdana dilangsungkan secara satu pusingan bermula 1 hingga 27 September sebelum ia disambung dengan aksi Piala Malaysia dari Oktober hingga November.Bagaimanapun, saingan Piala Malaysia hanya menggunakan format kalah mati berbanding peringkat kumpulan sebelum ini manakala aksi Piala FA pula terpaksa dimansuhkan.