Kami Tidak Rasa Terjejas Langsung

Kapten Pahang yakin kekuatan Pahang tidak terjejas di sebalik hilang ramai pemain.

“Skuad ini tidak hilang kekuatan, masih ada Helmi (Eliza), (Herold) Goulon dan Muslim (Ahmad). Azam (Azih), saya dan (Mohamadou) Sumareh masih kekal. Kita lepaskan satu atau dua pemain t0nggak selebihnya bukan pemain utama. Pengganti yang masuk pun mengikut keperluan sahaja bukan main ambil nak cukupkan pasukan.

“Begitu juga import, tidak salah pengurusan bersikap lebih hati-hati. Saya percaya pemain seperti Ivan Carlos dan Adam Reed akan memberikan impak. Ada 4 minggu dan saya yakin persiapan kita dalam landasan betul,” kata Davies.