Kami Tidak Dapat Dedahkan Identiti Penipu Tersebut – Zamburger

Identiti empat individu yang didakwa terbabit dalam penipuan Kelantan FC akhirnya terus menjadi tanda tanya selepas pasukan itu mengesahkan mereka sudah mel@ngsaikan tuntutan yang dibuat.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima bayaran penuh dalam bentuk tunai dan sekeping cek bertarikh 26 November 2020 bertujuan melunaskan bayaran hutang yang sudah dijanjikan.

Maka, pihak kami tidak dapat mendedahkan nama empat individu yang dimaksudkan kecuali jika cek yang diberikan hari ini (semalam) adalah cek tendang.upaya k3s ini diselesaikan dengan baik. Alhamdulillah, kini pasukan Kelantan FC kekal f0kus pada persiapan bagi menghadapi musim 2021, katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kelantan FC menerima surat permohonan maaf dan penangguhan kali kedua pada 24 November daripada wakil empat individu yang terbabit dalam pen!puan itu.Mereka berjanji untuk melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi yang dijanjikan sebelum 26 November.

Susulan itu, mereka hanya memiliki tempoh sehingga 26 November untuk melangsaikan hutang dan ganti rugi kepada pasukan itu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, individu yang dikatakan cukup dikenali dalam arena bola sepak negara itu bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman dan ganti rugi.

Malah, pemilik pasukan, Norizam Tukiman turut menegaskan tempoh itu adalah peluang terakhir yang diberikan pihaknya kepada empat individu terbabit.

sumber:BH