‘Kami Sayang Bolasepak Kedah Sebab tu Kami Tegur’

“NAMA, logo dan legasi Kedah adalah perkara yang tidak boleh dipermain-mainkan kerana ia melibatkan maruah bola sepak negeri Kedah.”

Itu nada tegas Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim atau dikenali Puaka Jerai berhubung situasi semasa isu nama dan logo baharu skuad Liga Malaysia (Liga-M), Kedah yang tular di negeri jelapang padi berkenaan selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah , Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan penjenamaan semula skuad Hijau Kuning selepas proses penswastaan baru-baru ini.

Kami tegur sebab sayangkan leg@si bola sepak Kedah. Jadi apabila isu nama dan logo baharu Kedah diumumkan presiden KFA tular, ia menimbulkan kemarahan yang amat sangat dalam kalangan penyokong Kedah.

“Selepas dijelaskan sebenar isu nama pasukan dan logo ini hanya bersifat sementara sahaja untuk KFA melengkapkan proses pelesenan dan penswastaan pasukan Kedah bagi menepati tarikh akhir seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia .

Nama dan logo pasukan Kedah ini masih boleh tukar kalau tidak silap saya last November ini, inilah yang kami dimaklumkan dalam pertemuan dengan pihak pihak Menteri Besar dan KFA baru-baru ini, katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli berk0ngsi perkembangan semasa selepas penyokong Hijau Kuning mengadakan pertemuan dengan setiausaha menteri besar Kedah, pegawai khas menteri besar, timbalan presiden, naib timbalan dan setiausaha eksekutif KFA baru–baru ini

Penyok0ng Kedah berharap presiden dan barisan exco KFA sentiasa melibatkan penyokong dalam sebarang perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan membabitkan skuad.
Pada masa sama menurut Zulkifli, pihaknya berterima kasih kepada Muhammad Sanusi yang komited melengkapkan proses pelesenan dan penswastaan kelab seperti ditetapkan FAM.

Kami penyokong Hijau Kuning tabik hormat kepada presiden KFA yang berusaha menyelesaikan pelbagai masalah seperti !su tunggakan gaji dihadapi pemain, jurulatih dan pegawai skuad bola sepak Kedah.

Penyokong Hijau Kuning sebenarnya tidak mahu presiden dan barisan exco KFA mengambil mudah isu melibatkan nama dan logo Kedah kerana jika KFA mengambil mudah ia secara tidak langsung menujukan tidak serius dalam menjaga leg@si pasukan Kedah ini

Kami penyokong Kedah juga tidak mahu perkara ini menjadi bahan jenaka dan diperlekeh-lekehkan pasukan lawan lain yang bersaing dalam Liga Malaysia, katanya.

Penyokong Kedah juga tidak mahu perkara ini menjadi bahan jenaka dan diperlekeh-lekehkan pasukan lawan lain yang bersa!ng dalam Liga Malaysia
Katanya, bagi penyok0ng Kedah isu nama dan logo melibatkan maruah yang harus dipelihara sentiasa setiap masa, malah perlu diingat bahawa Kedah sebuah pasukan yang mempunyai rekod dan sejarah dalam arena bola sepak negara.

Saya dan penyokong Kedah amat berharap presiden dan barisan exco KFA akan sentiasa melibatkan penyok0ng-penyokong dalam sebarang perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai skuad kesayangan kami ini.

“Kami tidak minta banyak kerana apa yang kami mahu lihat adalah bola sepak Kedah lebih maju pada masa depan,” katanya.

sumber:SH