Kami Dah Penat – Ole

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui rehat musim sejuk mampu meningkatkan prestasi pasukannya selepas seri tanpa jaringan menentng Wolves memberikan sedikit harapan untuk berada di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

United menurunkan pemain yang bernilai 47 juta pound (RM254 juta), Bruno Fernandes di bahagian tengah, namun kehadiran pemain Portugal itu masih lagi tidak dapat mengatasi masalah anak buah Solskjaer untuk meledak jaringan selepas tanpa penye rang, Marcus Rashford yang mengalami kece deraan.

“Kami beraksi banyak perlawnan dalam tempoh dua bulan terakhir ini. Kesemua pemain sudah kepenatan, tenaga mereka semakin merosot dan mereka perlukan rehat,” kata Solskjaer.

United tidak akan beraksi sehingga mereka berkunjung ke Chelsea pada 17 Februari depan.

Perlawnan berkenaan wajib menang buat anak buah Solskjaer selepas mereka kekal ketinggalan enam mata di belakang Chselsea yang menduduki tempat keempat.

Rashford dijangka berehat dalam tempoh beberapa bulan lagi, sehingga memaksa United melakukan kejutan saat akhir meminjam Odion Ighalo dari Shenghai Shenhua.

“Kami seperti hilang semangat. Jadi tempoh rehat ini membolehkan kami untuk bermula dengan baik seterusnya mele dak lebih banyak jaringan,” Solskjaer.

Wolves, juga bercita-cita untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama musim depan dan mereka kekal kurang enam mata di belakang Chelsea.

Bagaimanapun, mereka juga berasa bimbang sejak kebelakangan ini selepas gagal menjaringkan gol dalam tiga pertemuan dengan United sejak bulan lalu.

Sumber : HM