‘Kami ada rasa mahu menyerah kalah’

LONDON 2 Okt. – Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino mengakui pasukannya ada merasai mengalah sedikit selepas diaibkan Bayern Munich 7-2 dalam aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara di laman sendiri hari ini.

Selepas membuka jaringan pada minit ke-12, skuad bimbingan Pochettino bolos tiga gol dalam tempoh 10 minit sebelum menokok kepada tujuh untuk pertama kalinya di Stadium Tottenham Hotspur.

Pada ketika soalan panas diajukan kepada pengendali dari Argentina itu selepas perlawanan, Pochettino mengakui pasukannya kehilangan semangat juang sehingga tamat permainan.

“Kami rasa sehingga ia tamat, teruma selepas kami bolos tiga gol, ia seakan ‘kami sudah penat dan rasa menyerah kalah sedikit’.

“Mungkin kami mempamerkan sedikit kecewa di dalam permainan kerana sehingga minit ke-83 pasukan masih hidup, kami terus berjuang, cuba untuk mencipta peluang untuk meraih gol ketiga dan kami masih di dalam permainan. Bagaimanapun ia sangat klinikal.

“Sudah tentu kami kecewa. Saya tidak boleh berkata perkara lain selain saya rasa sangat, sangat kecewa. Saya rasa sangat teruk kerana anda bolos tujuh gol, ia sukar diterima.

“Bagaimanapun anda perlu pandang ke hadapan untuk dalam keadaan sebegini.

“Apabila anda beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara, ia sangat menarik untuk anda mendabik dada selepas mengalahkan Manchester City dan Ajax. Kini, kami juga perlu melihat ke atas dan menerima sagalanya biarpun ia pahit untuk ditelan,” kata Pochettino.- AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *