Kalau Tak Nak Malaysia Malu,Berikan Pelepasan

Jika tidak mahu menyaksikan skuad H@rimau Malaya menjadi ‘lauk’ di pentas antarabangsa, berikanlah kebenaran kepada pemain kebangsaan untuk turun menjalani latihan Januari ini.

Itu permintaan Persatuan Bolasepak Malaysia kepada kelab dan pasukan tempatan menjelang misi getir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijangka bersambung Mac ini.

Walaupun dilihat terlewat memulakan sesi latihan, Januari tahun depan adalah waktu bersesuaian untuk pengendali H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengumpul barisan terbaiknya selain merangka strategi pasukan.

Timbalan Presiden FAM merangkap pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya merayu kepada kelab supaya memberi pelepasan kepada pemain berkaitan walaupun menyedari tempoh itu adalah waktu mereka mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia.

Beliau berkata, jika perkara terbabit tidak dapat dilaksanakan, kemungkinan H@rimau Malaya akan tempang berikutan tempoh persiapan begitu suntuk.

Perl@wanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dijangka bermula Mac dan kita sepatutnya mula latihan pada bulan ini seperti dilakukan negara lain. Namun, situasi p@ndemik C0-v!d-19 menyebabkan terbatas pergerakan pemain dan situasi ini sudah tentu berlanjutan hingga tahun depan.

Jika keadaan negara semakin pulih, Januari adalah waktu sesuai walaupun ada yang mengatakan agak lewat, itu saja yang boleh kita lakukan ketika ini, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

sumber:HM