Kalau Player bagus Kenapa lelong? – TMJ

KUALA LUMPUR: Adakah rakyat Malaysia ‘dipermainkan’ dalam urusan perpindahan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin ke kelab Belgium, KV Kortrijk?

Ini kerana perpindahan bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu ke kelab Belgium itu didakwa didalangi ‘modal politik’ dan bukan atas tiket merit ataupun kemampuan pemain berasal dari Kelantan itu.

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya mendakwa urusan perpindahan terbabit sebenarnya dilakukan atas ‘desakan’ beberapa pemimpin negara sebelum ini.

“Player kalau bagus tak payah lelong. Orang akan cari dan beli sendiri. Apa-apa semoga pemain berjaya. Jangan jadi victim kepada conman,” kata Tunku Ismail yang turut menyertakan emoji tanda bagus.

Tunku Ismail berkata demikian ketika membalas komen akaun kvkortrijk_malaysiafan di laman Instagramnya.

Terdahulu, penyerang muda negara itu mengesahkan sudah mendapat panggilan daripada KV Kortrijk untuk menyertai kelab Belgium itu, minggu depan.

Sumber : BH

Malah, perpindahannya juga tampak ‘direstui’ Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang mengesahkan pihaknya akan melepaskan Luqman secara percuma meskipun pemain itu memiliki kontrak bersama mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *