Kafa Tuntut Siaran Langsung

Persatuan Bolasepak Kelantan menuntut lebih banyak siaran langsung membabitkan pasukan itu dan aksi Liga Perdana yang lain sekiranya Liga Malaysia disambung semula pada 1 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata ia sebagai langkah memberi kredit kepada penaja pasukan selepas aksi liga dilangsungkan tanpa penonton.

Katanya, KAFA tetap akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia yang bercadang meneruskan saingan liga pada September nanti.Kami cuma minta jika kerajaan membenarkan liga disambung seperti dirancangkan kerana akan ada lebih banyak siaran langsung membabitkan perlawnan Liga Perdana terutama buat pasukan Kelantan.Media pasukan tidak dibenarkan buat siaran langsung menerusi media sosial, jadi kita harap media yang ada hak eksklusif membuat siaran langsung dapat menyiarkan aksi Liga Perdana.

Jika sebelum ini tiada aksi membabitkan pasukan Kelantan disiar secara langsung, namun kali ini dengan perlawnan tanpa penyokong, kami harap aksi pasukan Kelantan dapat disiarkan secara langsung. Ia penting untuk memberi kredit kepada penaja, katanya kepada BH Sukan, semalam.