KAFA Perlu Tunaikan Janji Untuk Selamat

Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) mengesahkan mereka telah melangsaikan tunggakan gaji sebanyak RM3 Juta seperti yang diarahkan oleh Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berharap dengan usaha yang dilakukan oleh pihaknya, pasukan Kelantan tidak akan dikenakan hukvman pemot0ngan mata apabila saingan Liga Perdana musim 2020 membuka tirai.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

“Ada tuntutan yang diselesaikan secara keseluruhan dan ada yang bersetuju dengan pembayaran berjadual. Tetapi apa yang boleh saya sahkan, Kafa sudah selesaikan semuanya kelmarin (Rabu).

“Penyelesaian adalah membabitkan kes yang dilaporkan ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan FAM. Sudah tentu kami lega kerana berjaya selesaikan ini dan kami mengharapkan dapat membuka musim baharu dengan positif,” kata Husin menurut laporan Harian Metro.

FOTO: Kelantan FA

Selain Kelantan, dua lagi pasukan iaitu Melaka United dan PDRM berdepan hukvman pemot0ngan tiga mata dalam saingan Liga sekiranya gagal menyelesaikan 1su tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan sebelum tarikh akhir iaitu 31 Januari.

Jika ketiga-tiga pasukan ini gagal berbuat demikian, maka tiga mata akan dip0tong serta-merta dan jika mereka sekali lagi gagal untuk menyelesaikan 1su terbabit pada tarikh akhir kedua iaitu pada 28 Februari, enam lagi mata akan dip0tong.

Sumber : vocketfc