KAFA: Jika Sayangkan Pasukan Kelantan, Tolong Beli

Isu kewangan melibatkan pasukan Kelantan bukan lagi rahsia. Sekalipun pasukan dari Pantai Timur itu pernah menggegarkan arena bola sepak negara, mereka secara tiba-tiba terjerumus ke ‘lembah neraka’ apabila pimpinan kelab gagal menguruskan pasukan dengan sebaiknya.

Pasukan itu terpalit dengan beberapa masalah terutamanya isu hutang. Selain gagal melunaskan gaji pemain, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini juga telah disaman oleh penaja.

Namun demikian, selepas pucuk pimpinan persatuan diambil alih oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Wan Rahim, skuad The Red Warriors (TRW) nampaknya seperti sudah kembali ke landasan yang betul.

Pasukan Kelantan kini telah dikendalikan oleh Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd hasil daripada kerjasama dengan syarikat pembinaan, After Images Sdn Bhd yang menawarkan untuk mengurus pasukan secara profesional.

Pengarah Urusan TRW Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dalam kenyataannya kepada siaran media kelab menyatakan, kantung kewangan pasukan juga bergantung kepada ‘pemain ke-12’.

Menurut Wan Rakemi, kehadiran tinggi penyokong ke stadium dapat meringankan bebanan hutang lapuk yang terpaksa ditangung oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerusi hasil jualan tiket.

Justeru itu, beliau mengharapkan para penyokong sejati TRW dapat membajiri Stadium Sultan Muhammad IV dalam aksi-aksi persahabatan yang diadakan sepanjang tempoh pra-musim ini dan juga apabila bermulanya masim baharu pada hujung bulan ini.

“Anda (penyokong) adalah sumber kekuatan semangat barisan pemain yang memacu perjuangan TRW dan hadirlah ke stadium untuk menyokong sambil membantu.

“Jadi kami amat berharap agar penyokong datanglah beramai-ramai ke stadium dan belilah jersi pasukan bagi membantu TRW,” katanya.

Selain itu, aksi persahabatan tersebut turut penting buat barisan kejurulatihan dalam membentuk keserasian pasukan bagi menghadapi saingan Liga Premier musim ini.

Wan Rakemi tanpa berselindung mengakui siaran langsung aksi persahabatan Kelantan melalui media sosial melihat baru-baru ini telah memberikan kesan kepada hasil kutipan tiket.

Kelantan TRW vs Perak 2 FC

Rangkuman penuh gol-gol dan percubaan menarik kedua-dua pasukan dalam perlawanan persahabatan pra musim 2020 diantara Kelantan TRW menentang Perak 2 FC.Subscribe TRW TV OFFICIAL di YouTube#KelantanFA#GomoKelateGomo#TeamRedWarriors#TheRedWarriors#KelantanBangkit2020#BersamaMembinaIndustriBolaSepakKelantan#MenontonSambilMembantu

Posted by Kelantan FA on Saturday, February 8, 2020

Katanya, hasil kutipan tiket merupakan salah satu alternatif terbaik dalam mengisi kantung kewangan selain tajaan dan jualan jersi.

“Bila kantung kewangan kukuh, saya yakin dan percaya prestasi pasukan juga akan bergerak secara beriringan. Bantulah TRW untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kelantan,” ujarnya lagi.

Kredit Foto: Kelantan FA