KAFA Jatuh Ditimpa Tangga

Persatuan Bola Sepak Kelantan yang sedang dilanda masalah kewangan yang serius menerima tamparan dahsyat apabila After Image Sdn. Bhd. telah manarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan.Datuk Wan Rakemi Wan Zahari selaku Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Kelantan FA musim 2020 juga telah meletakkan jawatan.Beliau turut melepaskan semua jawatannya sebagai Exco Eksekutif dan Bendahari KAFA berkuat kuasa serta merta dan telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

Menurut Wan Rakemi, keputusan yang dibuat bukanlah dibuat secara semberono, tetapi mengambil kira pelbagai perkara aspek dan perkembangan terkini keadaan dunia termasuklah pandemik C0VID-19. Saya akui C0VID-19 telah memberikan impak besar pada dunia bukan sahaja pada kehidupan harian malah ekonomi juga apatah lagi sukan bola sepak.” ujarnya dalam satu kenyataan media.Tambah Wan Rakemi, Kelantan bergantung sepenuhnya kepada kutipan tiket, jualan jersi dan tajaan untuk menggerakkan pasukan, namun sejak saingan Liga Malaysia ditangguhkan, kantung kewangan pasukan semakin ‘kering’.

Keadaan menjadi semakin parah apabila masih banyak lagi hutang lama pasukan yang belum diselesaikan termasuk hutang tertunggak bekas pemain import, Cassio de Jesus bernilai RM629,620.28 yang diarahkan FIFA untuk diselesaikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi.Hasrat dan impian untuk melihat TRW2020 kembali gemilang seperti sebelum ini terpaksa ditangguhkan, dan saya berharap ianya akan dapat diteruskan. Saya pohon kemaafaan kepada semua penyokong setia TRW.Terima Kasih juga kepada barisan kepimpinan KAFA dan semua yang terlibat dalam memajukan Kelantan FA.

Sumber:Semuanyabola