KAFA Jangan Masuk Campur

BAYARAN royalti RM1 juta setahun yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai syarat kepada pemilik baharu tidak dipersetujui calon pembeli, Wan Kamal Wan Napi.

Jelas bapa kepada Wan Kuzain dan Wan Kuzri itu, penetapan syarat berkenaan dilihat seolah masih wujud campur tangan pihak Kafa dalam pengurusan pasukan yang akan dibelinya kelak.

Bagaimanapun, harga RM3 juta yang ditetapkan untuk membeli Kelantan FC sebagai pemilik penuh dianggap berbaloi dengan nilai semasa kelab itu.

“RM1 juta setahun itu kurang berkenan. Royalti setiap tahun bermakna Kafa masih ada suara dalam kelab yang itu saya kurang setuju sedikit. Saya tak mahu Kafa terbabit langsung dalam pengurusan kelab nanti,” katanya ketika dihubungi.

Menerusi laporan Arena Metro hari ini, Kamal menyuarakan kesediaan menyel@matkan pasukan Kelantan apabila berhasrat untuk membeli pasukan itu yang kini dih!mpit hutang hampir RM4.6 juta.

Beliau yang kini menetap di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat (AS) menyatakan keinginan itu dengan bersyarat apabila meneg@skan hutang lapuk itu perlu diselesaikan sendiri oleh Kafa tanpa membabitkan pemilik baharu pasukan.

Hasrat berkenaan disambut baik dan syarat yang ditetapkan Kamal itu turut mendapat maklum balas p0sitif Kafa yang mengesahkan segala hutang hanya akan ditanggung Persatuan Bolasepak Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Malah Kafa tidak menunggu lama apabila terus mengadakan mesyuarat dan hasilnya Kafa memutvskan harga pembelian kelab Kelantan FC sebanyak RM3 juta beserta royalti RM1 juta setahun.

Manakala geran tahunan yang diberikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta hasil jualan tiket, jersi dan cenderamata menjadi hak pemilik pasukan.

Menurut Kamal lagi, beliau akan menyerahkan segala urusan pembelian kepada peguamnya di mana pihaknya akan berbincang mengenai bayaran royalti itu di samping mengkaji dan meneliti prospek pasukan.

“Saya akan minta khidmat peguam saya untuk uruskan segala-galanya berkaitan perkara (pembelian pasukan Kelantan FC) itu,” katanya.