KAFA Diminta Kekalkan Pemain Tempatan

Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan tiga pemain import baru yang sedang diuji pasukan itu, meskipun penampilan mereka dalam aksi persahabatan men3ntang Nara United pada Sabtu dikrit!k hebat peny0kong.

Tiga pemain itu – Felix Chidi Odili, Varney Kallon dan Rhulani Manzini – telah berpeluang mempertonton kebolehan di hadapan penyokong setia The Red Warr!ors yang hadir ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu namun kesemua mereka termasuklah Kang Seung-Jo yang telahpun menjadi milik Kelantan dikatakan gagal menyerlah dan tidak menepati ekspetasi yang diletakkan.

Malah, tinjauan Foxsports mendapati ramai juga penyokong meminta Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) supaya kekal sahaja dengan barisan pemain tempatan seandainya itu sahaja kualiti yang boleh ditunjukkan oleh pemain import.

Bagi Yusri, dia tidak mahu cepat melatah dan berpendapat mereka perlu diberi masa, dan menyatakan dia gembira dengan persembahan ditunjukkan terutama di separuh masa kedua.

credit : Foxsports