KAFA Bayar RM15,000 Kepada Norhafiz Zamani Untuk Apa?

Norhafiz Zamani Misbah menerusi laporan akhbar mendedahkan Persatuan B0lasepak Kelantan telah memasukkan RM15,000 kepadanya pada bulan lalu.

Yang dia hairan, untuk apa Rm15,000 tersebut? Tunggakan gaji yang perlu dibayar KAFA kepadanya adalah lebih Rm82,000.

Nak kata ianya bayaran ansuran, tak pernah pula dia dan KAFA bersetuju ianya dibayar sikit-sikit. Dari awal dia tuntut KAFA jelaskan bayaran penuh dan dia juga tidak pernah memberikan pot0ngan.

Setelah lama berdiam diri, tiba-tiba KAFA bank in kepadanya RM15,000. Itupun KAFA tidak memaklumkan kepadanya, dan tidak menjelaskan duit itu duit apa, ansuran kah, bayaran penuh kah, ternyata ia sesuatu yang menimbulkan persoalan.

Norhafiz bimbang jika dia terima duit itu, KAFA boleh cakap itu adalah jumlah yang telah dipersetujui dan kami sudah selesaikan tunggakan Norhafiz seterusnya menyerahkan bukti bayaran kepada FAM dan tutup kes.

Akhirnya siapa yang berputih mata. Mujur dia bijak, dia transfer balik duit ke akaun KAFA dan tegas dengan pendirian meminta persatuan itu membuat bayaran penuh.

Satu langkah yang dilihat tepat agar tidak menjadi isu di kemudian hari. Jika KAFA benar mahu selesaikan cara baik, panggil setiap pemain dan bincang cara elok, masuk duit kemudian senyap bukan caranya.

Nasib baik Norhafiz Zamani jujur pulangkan balik, kalau kau senyap dan dia pun senyap.

sumber:Labolamalaya