Jutawan Dubai Berminat Miliki Kedah FA

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah mendedahkan terdapat individu dari luar negara yang berminat untuk terlibat dalam projek penswastaan skuad Hel@ng Merah.

Menurut kenyataannya dalam Arena Metro, seorang pemilik kelab dari Australia dan individu dari Dubai telah menghantar emel rasmi kepada KFA untuk menyatakan minat mereka jalinkan kerjasama.Ada individu dari Dubai selain pemilik kelab bola sepak di Australia yang mahu terbabit dengan bola sepak di sini. Kita terbuka walaupun mereka mungkin masih tak boleh ke sini, masing-masing boleh nyatakan minat menerusi e-mel.

Banyak yang mendekati kita, kita akan pertimbangkan cadangan yang bagus. Saya alu-alukan pihak berminat yang mahu terbabit dalam industri bola sepak, cuma buat masa ini pintu sempadan antarabangsa belum dibuka, katanya.

Penswastaan kelab dan pemisahan FA ke FC itu telah diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia kepada kelab-kelab yang bertanding pada Februari 2020, dan diwajibkan menyelesaikan proses tersebut sebelum 30 September 2020.

Pasukan yang g@gal diswastakan tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan kemungkinan tidak dapat lesen untuk beraksi dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia .

Sanusi juga turut menjelaskan pihaknya juga akan pertimbangkan cadangan Koperasi Anak Kedah Berhad yang telah menyatakan hasrat untuk memiliki 51 peratus saham dalam pasukan.Mereka perlu hantar secara bertulis untuk saya kemukakan dalam mesyuarat KFA, sebelum ini hanya cadangan lisan,” katanya.

Difahamkan KFA kini dalam proses untuk memilih nama baharu pasukan bagi melengkapkan proses penswastaan itu sebelum 30 September ini. Antara nama baharu tersebut ialah Darul Aman FC.

Kita ada beberapa nama yang dipertimbangkan dan antaranya adalah nama Darul Aman FC, namun pemilihan nama syarikat baharu yang akan ditubuhkan ini adalah tertakluk kepada keputusan pemilihan akan diumumkan pengurusan KFA selepas ini, kata Naib Presiden KFA, Khamal Idris Ali.