Jurulatih Thailand akhirnya bersuara

Kekalahan 1-2 kepada Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi sememangnya meng3jutkan Thailand.

Ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino enggan mencari sebarang alasan dan hanya menyalahkan kurangnya tumpuan oleh pasukannya sebagai pvnca mereka gagal mengutip mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Kami tidak mengekalkan kesungguhan kami untuk mencari gol kedua, itu sebabnya keputusan ini berlaku.

Perlawanan ini kami tukar tiga pertahanan, kesemua mereka melakukan tugas dengan baik walaupun ada beberapa sebab yang membuatkan mereka tert3kan, tetapi semua tiga pemain adalah pemain yang bagus.

“Jenis rumput di Bukit Jalil mungkin memainkan sedikit peranan kerana pemain Malaysia sudah menyesuaikan diri dengan jenis rumput, tetapi itu bukan perkara utama kerana kami kurang memberi tumpuan,” kata Akira dalam sidang media selepa perlawanan.

Selepas ini, Thailand akan berangkat ke Hanoi bagi berd3pan Vietnam yang sudah mer@mpas kedudukan sebagai pendahulu hasil kemenangan 1-0 ke atas UAE dalam perlawanan mereka semalam. Akira Nishino menuntut pemain-pemainnya untuk melupakan perlawanan semalam dan kini fokus kepada perlawanan berdepan Vietnam nanti.

“Sekarang kami perlu fokus pada diri sendiri, fokus pada rehat, cuba untuk mempertingkat diri dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *