Jud1 bukan pemain kami – BAM

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini meng3sahkan tiada pemain mereka sedang disi@sat Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

BAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, persatuan tersebut sedang membantu dan bekerjasama dengan BWF dalam beberapa aspek si@satan, yang butirannya tidak dapat did3dahkan.

“Kami mahu menjelaskan bahawa tidak ada pemain kami yang terlib@t dengan si@satan BWF.

“Disebabkan ini merupakan satu siasatan BWF yang sedang berjalan, BAM tidak akan memberikan sebarang komen lagi berkaitan isu ini,” kata kenyataan itu.

Sebuah laman web tempatan hari ini mendakwa dua pemain badminton dipercayai gagal melunaskan hut@ng mereka, didakwa melibatkan jumlah ratusan ribu ringgit kepada @h long, selepas mereka terlibat dalam jud1 bola s3pak

Berikutan itu, BAM dilaporkan telah memanggil kedua-dua pemain tersebut, yang nama mereka tidak didedahkan untuk memberikan keterangan lanjut. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *