Jiwa Raga Ku Hanya Untuk KLFA

JIKA hati sudah suka tidak mungkin akan ‘cvrang’ ke pasukan lain apabila pemain tengah, Paulo Josue yang sudah beraksi empat musim bersama skuad warga kota menanam hasrat mahu mengakhiri karier bersama Kuala Lumpur.Dia mengakui Kuala Lumpur sudah seperti sebahagian daripada dirinya malah menjadi pasukan paling lama diwakilinya sepanjang bergelar pemain profesional.Berusia 31 tahun, Josue yang berasal dari Brazil turut menyatakan keluarganya juga sudah semakin selesa dan gembira tinggal di Kuala Lumpur.

Tidak keberatan untuk katakan yang saya memang mahu bermain selama mungkin bersama Kuala Lumpur malah hingga karier saya berakhir.Empat musim di sini, pelbagai perkara saya sudah lalui bersama Kuala Lumpur dan mereka umpama seperti keluarga buat saya.Segala-galanya saya gembira bersama Kuala Lumpur dan diharapkan saya mampu menempuh beberapa musim lagi jika khidmat diperlukan, katanya.

Fabio Maciel adalah orang yang bertanggungjawab membawa Josue pada pertengahan musim 2017 sebelum pasukan Kuala Lumpur muncul juara Liga Perdana.Selain Josue, pemain tengah Perak, Leandro dos Santos 2017-2020 dan penye rang JDT, Gonzalo Cabrera (2017-2020) antara tonggak paling import paling lama kekal bersama satu pasukan.

Mengenai kesan penularan wabak Covid-19, Josue masih menyimpan impian supaya Liga Malaysia 2020 dapat kembali bersambung sejak ditangguhkan 16 Mac lalu.

Tambahnya, berita mengenai penurunan jumlah kes baharu dalam tempoh beberapa hari ini diharap mampu beri kesan p0sitif terutama pada penganjuran Liga Malaysia musim ini.Buat masa ini, saya dan pemain lain masih menanti penuh debar bilakah liga kita akan disambung kembali dan harapan saya mungkin Julai ini dapat diteruskan cuma kita kena tengok bagaimana Covid-19, katanya.

sumber:HM