Jersi baharu JDT musim 2020 Macam Jersi AS Roma

Kelab BolaSepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengajak para penyokongnya menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak JDT ‘Legacy Lit’ 2020 di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 1 hingga 2 Februari depan.

Malah, mereka juga berpeluang mendapatkan pas masuk edisi terhad ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

Ayuh meriahkan Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak JDT 'Legacy Lit' 2020! Hadirkan diri untuk mendapatkan PAS MASUK EDISI TERHAD ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim!Tarikh: 1-2 Februari 2020 Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru ———Come and Roar at the The Legacy Lit 2020 JDT FC Jersey Unveiling Ceremony! Be there and get a LIMITED EDITION ENTRANCE PASS to the Sultan Ibrahim Stadium Official Launch!Date: 1-2 February 2020 Venue: Dataran Bandaraya Johor Bahru Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll#LegacyLit

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, January 12, 2020

Musim lalu, JDT menggunakan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawnan di tempat lawn berwarna ungu.

Namun difahamkan pada musim ini, JDT akan menampilkan kelainan dengan jersi tanpa logo penaja di depan dan ada “effect gold” iaitu kesan warna keemasan pada leher serta lengan jersi.

Malah, pemilik kelab JDT iaitu DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), memberi bayangan jersi JDT pada musim 2020 menyerupai jersi AS Roma pada tahun 2006, 2013, 2014, 2016 atau 2017.

Menjadi kelaziman logo penaja akan dicetak pada belakang dan depan jersi sebuah pasukan bolasepak profesional namun TMJ pasti mahu kelainan dan sesuatu yang berbeza daripada apa yang ditampilkan oleh kelab lain dalam Liga Malaysia.