Jentera Tengah Kedah Yang “tidak berfungsi”

IPOH: Perak mer4mpas status ‘Raja Bola Sepak Utara’ selepas menewaskan Kedah 3-1 dalam aksi Unity Shield 2020 di Stadium Perak, di sini, sebentar tadi.

Selain merampas trofi kejuaraan, kemenangan itu juga menyaksikan anak buah Mehmet Durakovic berjaya membalas dendam selepas mereka kecundang 0-2 pada aksi sulung kejohanan itu di Stadium Darul Aman, tahun lalu.

Jentera tengah Kedah yang dikawal oleh Baddrol Bakhtiar dan juga pemain import Amin Nazari nyata tidak dapat menghasilkan impak yang diharapkan. Tiada lorongan K!ller Pass kepada Kipre dan juga Kpah Sherman. Situasi ini telah memberikan satu gambaran yang kurang baik kepada pasukan Kedah kerana mereka adalah salah satu pasukan yang dijangka menjadi pencabar utama liga super Malaysia musim 2020.

Peminat Kedah juga semakin hilang keyakinan dengan Amin Nazari dek persembahan yang tidak menepati kehendak pasukan sebagai jeneral per4ng. Hanya selepas kemasukan Fadzrul Danel dan juga Fayyadh Zulkifli berjaya memperbaiki corak permainan Kedah.

Perak yang dilihat kurang aktif dalam mendapatkan pemain baharu musim ini membuka tirai jaringan menerusi Shahrul Saad seawal minit ketiga.Dua minit sebelum tamat babak pertama, The Bos Gaurus berjaya mengukuhkan kedudukan hasil jaringan pemain kebangsaan Shahrel Fikri Fauzi.

Kedah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi Kpah Sherman pada minit ke-68, namun Careca mengesahkan kemenangan Perak apabila meledak gol ketiga pada minit ke-78.

Barisan jurulatih pasukan Kedah harus melakukan sesuatu sebelum menjelang perlawanan menentang JDT FC pada hujung bulan ini. JDT semestinya menurunkan bekas tonggak Kedah, Liridon Krasniqi dan akan bergandingan dengan Haris Harun. Kreativiti game play Liridon pasti akan membuatkan Kedah kucar-kacir. Jika persembahan Amin Nazari masih ditakuk ini tak mustahil Kedah akan berputih mata.