Jeneral Padang Era 2007 ,Idam Bimbing Kedah

PEMAIN legenda Kedah yang juga digelar jeneral padang era ‘double treble’ 2007 dan 2008, Nelson San Martin bercita-cita untuk terus mengembangkan karier kejurulatihannya di Malaysia.

Nelson yang hadir melawat ke Stadium Darul Aman hari ini berkata, selepas memulakan langkah pertama sebagai ketua jurulatih kelab Liga M3, Langkawi City FC (LCFC) Mac lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi jurulatih pasukan Kedah dan juga Malaysia.

Peluang untuk menjadi seorang jurulatih di Malaysia tidak dilepaskannya sebaik menerima tawaran membimbing skuad LCFC pada tahun ini, hampir setahun selepas memperolehi sijil kejurulatihan bola sepak di Chile pada tahun lalu.

“Saya bercita-cita untuk terus mengembangkan kerjaya jurulatih saya di Malaysia dan ia bergantung kepada peluang yang ada di masa depan.

“Cita-cita saya juga adalah mahu menjadi jurulatih Kedah dan juga Malaysia pada masa depan, namun saya berharap dapat menimba pengalaman bermula di Liga M3, Liga Perdana dan seterusnya ke Liga Super.

“Menjadi seorang pemain dan jurulatih adalah dua tugas berbeza, namun jika saya mampu meraih kejayaan dibidang kejurulatihan, peluang untuk mara ke depan akan menjadi lebih cerah sebagai jurulatih.

sumber : HM

“Namun biarlah saya bermula dari bawah walaupun perlahan mungkin di masa depan saya dapat dapat melangkah ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Nelson yang hadir ke Stadium Darul Aman bersama bekas pemain dan juga bekas penolong pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahadzir mengakui masih merasai aura semangat Hijau Kuning di Stadium Darul Aman yang disifatkannya sebagai rumah keduanya.