JDT permudahkan urusan Cheng Hoe

Banyak yang diperkatakan pemerhati dan peminat bola sepak tempatan dengan aksi mengkagumkan Malaysia dalam saingan kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Selepas lima aksi, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu kini menduduki tempat kedua Kumpulan G dengan sembilan mata dan berada dalam posisi terbaik untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia.

Namun, apakah yang membolehkan barisan negara memberikan c@baran kuat dalam saingan kelayakan kali ini selepas kerap tersungkur awal dalam kempen kelayakan sebelum ini?

Tidak dinafikan Cheng Hoe adalah seorang jurulatih tempatan berkaliber yang layak mengendalikan barisan negara tetapi bagi penulis, tugasnya menjadi lebih mudah dengan kehadiran pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penulis bukan mahu menabur pujian semata-mata kerana kelab selatan tanah air itu mempunyai segala kemudahan dan prasarana lengkap di Padang Seri Gelam, namun kerana pembabitan mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Tidak dinafikan pemain daripada pasukan lain dalam skuad negara turut menyumbang tetapi hakikatnya, pemain-pemain JDT yang menjadi pendukung utama barisan negara.

Kita dapat lihat bagaimana Aidil Zafuan Abdul Radzak tenang mengemudi benteng, Syamer Kutty Abba bijak menggerakkan bahagian tengah, Safawi Rasid menghadirkan anc@man buat lawan dari sebelah sayap dan Syafiq Ahmad selaku pengg3mpur utama.

JDT mungkin menamatkan saingan di penampilan sulung ACL musim ini di tempat tercorot Kumpulan E, namun mereka meraih empat mata dan tidak merakam kekalahan besar dalam aksi yang mereka tewas.

Lebih manis, Safawi turut melakar sejarah menjadi pemain tempatan pertama meraih gol di ACL ketika JDT tewas 2-1 kepada Shandong Luneng 9 April lalu manakala Syafiq menjadi pemain tempatan pertama menjaringkan gol kemenangan di ACL ketika JDT menumpaskan g3rgasi Liga J, Kashima Antlers, 1-0 pada 8 Mei lalu.

Kesemua pencapaian itu kita dapat lihat jelas membantu skuad kebangsaan di saingan kelayakan ketika ini dan cuba bayangkan, jika Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu lagi wakil di pentas ACL.

Kini, ia sudah terbukti mengapa pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, begitu mahukan pasukan itu beraksi di pentas tertinggi Asia sebelum ini.

Pendedahan beraksi dengan kelab dan pemain terbaik Asia jelas berupaya membentuk keyakinan, perwatakan dan kesungguhan lebih tinggi buat pemain-pemain.

Dalam saingan domestik, JDT seakan terlalu ampuh untuk ditewaskan dan pembabitan di ACL secara tidak langsung turut menambah lagi keampuhan mereka.

Untuk beraksi di ACL, sebuah pasukan bukan hanya perlu ampuh daripada segi pasukan, namun juga pengurusan yang profesional yang menepati kriteria ditekankan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Ketika ini terdapat pengurusan pasukan seperti Selangor dan Terengganu sedang melakukan beberapa perubahan ke arah pengurusan yang lebih profesional.

Penulis berharap dalam masa beberapa tahun lagi, lebih banyak wakil negara dapat memenuhi syarat beraksi di saingan ACL kerana di akhirnya akan hanya mendatangkan keuntungan buat barisan negara jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *