JDT Hanya Mampu Tewaskan Turkmenistan Dengan Penalti

ohor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan dalam jelajah pra musim mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila menewaskan pasukan kebangsaan Turkmenistan dengan keputusan 2-1.

Dua jaringan menerusi sepa kan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid dan penye rang import, Diogo Luis Santo sudah cukup untuk memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Safawi Rasid terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-39 apabila beliau menyempurnakan sepa kan penalti sekaligus memberikan kelebihan awal untuk JDT pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Turkmenistan berjaya menyamakan kedudukan apabila Metdayev Akmammet menjaringkan gol pada minit ke-53.

Akan tetapi, Diogo memastikan kemenangan berpihak kepada juara Liga Super musim 2019 itu apabila beliau turut menyempurnakan sepa kan penalti pada minit ke-61 sekaligus memberi kemenangan kedua JDT dalam siri jelajah pra musim mereka di UAE.