JDT diramal bolot semuanya

KUALA LUMPUR: Kejayaan menjulang tiga piala musim ini meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku kelab pilihan untuk terus mend0minasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019.

Nama Safawi Rasid yang menjadi bualan ramai peminat tempatan terus menjadi calon pilihan dianugerahkan sebagai Pemain Paling Bernilai, seperti dilakukannya pada edisi lalu.

Walaupun ada beberapa nama dilihat agak menyerlah, daripada prestasi semasa dan kaca mata peminat, nama Safawi mungkin berada di kedudukan paling atas untuk digelar selaku pemain terbaik.

Apa tidaknya, Safawi muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia, mel3dak 11 gol untuk mengatasi tiga pemain import dari Pahang, Dickson Nwakaeme (9 gol), Lazarus Kaimbi (7 gol) dan bintang Kedah, Fernando Rodriguez (8 gol).

Untuk kategori lain, H@rim@u S3latan juga berpeluang cerah menguasai kategori Jurulatih Terbaik yang kini dipegang Mehmet Durakovic selepas mengecap kejuaraan Piala Malaysia 2018 bersama Perak.

Selain itu, bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Farizal Marlias yang juga pemain kebangsaan akan dicabar Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan  Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah) namun dijangka akan mempertahankan anugerah itu.

Farizal yang pernah turut mengecapi kejayaan meraih anugerah itu pada 2009 dan 2015 merasakan persaingan kategori itu cukup s3ngit.

Sambil menyifatkan peluang masih lagi seimbang, Farizal bagaimanapun bertegas sudah melakukan segalanya buat JDT hingga memastikan kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia dan juga Piala Sumbangsih.

“Bagi saya peluang untuk menang adalah 50-50 kerana ramai juga yang bermain dengan baik pada musim ini seperti Helmi Eliza (Pahang) dan Khairul Azhan Khalid (Selangor).

“Saya tidak boleh bersikap terlalu yakin untuk menang sekali lagi kerana semua orang ada peluang sama rata kerana ini semua undian mereka yang menilai prestasi saya sepanjang musim ini, “ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *