JDT Berdepan huku man berat sekiranya didapati bersa lah

NASIB Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung isu perpindahan pemain sayapnya, Akhyar Rashid yang didakwa menggunakan kaedah ‘tapping up’ atau pintu belakang akan diketahui selewat-lewatnya pada awal Mac ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan, kelewatan Jawatankvasa Statut membincangkan keputusan unsur ‘tapping up’ yang dikemukakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terhadap JDT disebabkan kekangan masa serta !su-!su lain yang dilaporkan kepada badan induk itu. Jelasnya, proses perbicaraan ke s Akhyar sedang berjalan dan beliau mengesahkan suatu keputusan rasmi akan diketahui dalam masa terdekat. JDT yang didakwa ‘mencuri’ dengan menggunakan pintu belakang bakal berdepan hukvman berat sekiranya didapati bersalah dalam ke s ini.

Sementara itu, CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) yang berpangkalan di Switzerland mengesahkan masih belum menerima apa-apa aduan rasmi daripada KFA berhubung isu Akhyar. Mengulas mengenai perkembangan itu, Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris mengesahkan pihaknya sememangnya belum memanjangkan ke s itu kepada CAS kerana mahu mengikut saluran yang ada pada setiap peringkat terlebih dahulu.

Sumber:Hmetro