Jaringan kontr0versi Mane

LIVERPOOL: Jaringan kontr0versi Sadio Mane sudah cukup buat pendahulu Liga Perdana, Liverpool mengesahkan kemenangan sukar 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers sekali gus melebarkan jurang 13 mata di depan pencabar terdekat, awal pagi tadi.

Mane yang mengharungi perlawnan ke-150 untuk Reds memecah kebuntuan tiga minit sebelum rehat tetapi jaringan itu terpaksa diteliti Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas Adam Lallana dikatakan menyen tuh bola menggunakan tangannya sebelum gol berkenaan.

Begitupun sistem itu kemudian mendapati bola hanya mengenai bahu pemain tengah itu dan jaringan berkenaan dibenarkan.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool muncul pasukan ketiga di Liga Perdana mengharungi 50 perlawnan tanpa kalah selain di ambang untuk menamatkan saingan 2019 tanpa kalah di gelanggang sendiri dalam semua kejohanan.

Liverpool sudah mengutip 55 mata daripada 19 perlawnan manakala Wolves di kedudukan ketujuh dan ketinggalan tujuh mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat.

Wolves yang tewas 15 daripada 17 perlawnan liga dalam kunjungannya ke Anfield melakukan empat penukaran berbanding skuad yang mengejutkan Manchester City 3-2, kira-kira 48 jam sebelum ini.

Mereka jelas pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar permainan dan mungkin tidak pulang hampa jika Joao Moutinho dan Romain Saiss tidak mensia-siakan peluang pada lewat permainan.

Pelawat turut dikecewakan apabila rayuan mereka untuk mengesahkan jaringan Pedro Neto ditolak pengadil – juga menggunakan VAR – susulan ofsaid terhadap Jonny Otto.

Liverpool yang memakai lencana juara Piala Dunia Kelab di jersi tidak berada di prestasi terbaik tetapi sekali lagi berjaya membuktikan mereka memiliki ramuan untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana selama 30 tahun.

Sumber: Reuters via BH