Janji Wak Don kepada JDT

JDT merupakan kelab yang disegani dan pernah memenangi Piala AFC 2015. Pencapaian yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan Asia Tenggara, sehinggalah JDT. JDT sentiasa pro aktif dalam mempersiapkan diri bagi mengadapi musim baharu. Dan kali ini mereka meneruskan momentum yang sama.

Pada petang 20 Disember 2019, maka JDT telah mengumumkan kehadiran pemain yang berketurunan Kosovo Liridon Krasniqi di dalam pasukan mereka. Berdasarkan kenyataan oleh JDT, Liridon Krasniqi akan didaftarkan sebagai kuota pemain tempatan kerana sudah menetap di sini lama. Namun Liridon mungkin tidak akan dapat mewakili Malaysia pada tahun hadapan.

JDT mengumumkan secara rasmi Liridon dalam satu majlis khas. Liridon merupakan pemain tengah. Beliau sangat sinonim dengan pasukan Kedah sebelum ini. Di mana Liridon pernah mengiktiraf dirinya sebagai legenda pasukan tersebut.

Namun pada 2019, Kedah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Liridon. Beliau kemudian berjaya mendapatkan kontrak di Melaka. Tetapi krisis kecederaan membuatkan beliau tidak beraksi dalam majoriti perlawanan musim lalu.

Beberapa minggu lalu, Liridon telah hadir dan menyertai sesi latihan JDT. Namun ketika itu, JDT menyatakan mereka masih tidak ada apa-apa perbincangan dengan Mat Don. Pemain itu hanya hadir untuk latihan kecergasan pra musim.

Tetapi JDT tidak menolak kemungkinan mereka akan mendapatkan Liridon sekiranya pemain tersebut dapat menambat hati pengurusan JDT.Dan harinya pun tiba untuk Liridon Krasniqi diumumkan sebagai pemain Harimau Selatan yang baharu.

Liridon menyatakan kegembiraannya untuk menyarung jersi JDT. Beliau berkata: “Akhirnya segalanya selesai. 2020 akan menjadi tahun yang memberikan saya cabaran baharu.”

“Saya sangat gembira mengumumkan bahawa saya merupakan sebahagian daripada pasukan Johor Darul Ta’zim.” “Terima kasih JDT dan TMJ dan juga staf kejurulatihan, di atas peluang besar ini. Saya akan memberikan yang terbaik.”

“Terima kasih di atas sokongan yang tak terhingga serta kasih yang kamu berikan kepada saya. Saya sayangkan kamu semua. Ayuh Harimau Selatan.” Liridon menyertakan tanda pagar: #officialjohor #jdtfamily #neverGiveup #ichbindasbeispiel #comeback #baustelle #LK @ JDT

Liridon antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia ketika di Kedah. Dan beliau pastinya mahu memberikan impak ketika bermain di JDT. JDT kini dalam persiapan pra musim. Dan mereka akan berangkat ke Dubai untuk perlawanan persahabatan. Namun masih belum memuktamadkan siapa lawan mereka.

Dijangkakan pasukan JDT akan berkampung di Dubai selamai 15 hari untu persiapan pra musim. JDT akan turun sekali lagi dengan status juara bertahan, bagi menghadapi kempen Liga Super musim 2020.

Selain itu, JDT akan beraksi buat 2 tahun berturut-turut dalam Liga Juara – Juara AFC. JDT juga akan beraksi di stadium baharu mereka yang serba canggih dan moden. Dijangka akan dibuka awal tahun hadapan.

Sumber : sukan.my