Jangan Terlalu Ghairah

JURULATIH berpengalaman, Azraai Khor Abdullah menasihatkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) supaya lebih berhati-hati dalam persiapan menjelang bermulanya kembali saingan liga pada 26 Ogos ini.

Bagi jurulatih yang mengecapi kejuaraan ‘Double Treble’ bersama Kedah pada musim 2007/2008, sebarang usaha dalam tempoh sebulan sebelum Liga M kembali membuka tirai merupakan tempoh sangat penting bagi menentukan keupayaan dalam membentuk kejayaan pasukan musim ini.

“Setiap pasukan perlu memanfaatkan sepenuhnya tempoh sebulan ini dengan cara paling rapi, teliti dan seimbang, namun perkara penting adalah bagi mengelak pemain mengalami keced3raan dan tertekan dalam usaha setiap pasukan mencapai perancangan yang hendak dihasilkan.

“Jangan terlalu ghairah menyiapkan pasukan, perlu berhati-hati dan elakkan keced3raan yang tidak sepatutnya berlaku sekali gus akan membantutkan perancangan pasukan.

“Selain pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), setiap pasukan juga perlu menjaga kesesuaian aturan latihan, intensiti latihan serta jadual tempoh pemulihan yang dapat memberi kesan terbaik dalam pasukan” katanya.

Azraai turut menasihati pasukan agar sentiasa melakukan k0munikasi yang berkesan antara jurulatih dan pemain sepanjang tempoh persiapan ini bagi memastikan kaedah dijalankan bertepatan dengan perancangan yang disasarkan pasukan.

Sumber:HM

Selain itu, Azraai juga berkata keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memulakan liga pada 26 Ogos adalah tepat selepas mengambil kira pelbagai aspek demi kemajuan bola sepak Malaysia.