Jangan Terlalu Demand Gaji

BEKAS pemain kebangsaan, Juzaili Samion yang pernah berkelana ke luar negara ketika era awal milenium menasihatkan bakat muda negara supaya bersabar jika ditawarkan gaji rendah ketika bermain di kelab luar.Menurutnya, mengenai pembayaran gaji rendah ketika ber@ksi di luar negara memang sangat subjekt!f namun mana-mana pemain harus memikirkan semula apa tujuan mereka berkelana.

Bukan semua boleh dapat peluang seperti ini terutama sekali Luqman Hakim Shamsudin. Ia memerlukan pengorbanan. Kalau dari segi logik mungkin gaji buat permulaan tidak besar tapi pada masa akan datang, siapa tahu, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Juzaili yang pernah ber@ksi di Perancis bersama seorang lagi pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, pemain muda negara termasuk Luqman harus berfikiran bijak.

Sekarang ini apabila sudah pergi ke sana, tumpukan perhatian dan lihat kembali apa tujuan kita. Iaitu ingin dapat tempat dan buktikan bahawa pemain Malaysia boleh menyerlah.

Soal gaji kecil ini, ‘telan la dulu’ apabila sudah berjaya gaji itu (besar) akan datang sendiri. Benda ini memang subjektif, kita pun tidak boleh terima bulat-bulat adakah pemain Malaysia pulang kembali ke tanah air sebab kerana gaji, katanya.

Apa pun Juzaili menganggap apa yang diterima Luqman Hakim itu bukannya calang-calang, kontrak lima tahun dan ia langsung sekali tidak sama seperti beberapa pemain sebelum ini.Dia perlu buktikan agar nilai pasarannya meningkat di Eropah. Tidak perlu fikirkan masalah lain termasuk rindu keluarga kerana zaman saya dan dia saya berbeza.

Tidak timbul masalah k0munikasi, semua sudah canggih sekarang, cakap telefon boleh nampak muka. Zaman saya dan Akmal dulu guna telefon awam dan emel saja. Perkara ini nampak macam kita bergelut tapi ia menguji mental, katanya.

Juzaili yang pernah beraksi bersama kelab Perancis, FCSR Haguenau juga mengakui Luqman Hakim atau mana-mana pemain tidak perlu r!sau mengenai rindu makanan Malaysia atau Asia.

Sekarang ini saya rasa tidak ada masalah mengenai soal makan, lagi pun pemain seperti Luqman Hakim sudah diasuh mengenai pengambilan makanan yang betul ketika di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Dalam masa sama terdapat pelbagai makanan tempatan yang dijadikan sejuk beku pada zaman sekarang, katanya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar menerusi laporan sebelum ini menolak dakw@an segelintir pihak yang menyalahkan soal kekasih dan rindukan masakan tempatan punca pemain bola sepak negara tidak kekal lama di luar negara.

sumber:HM

Jelas Safirul, dilema sebenar yang sering menghantui pemain adalah berkaitan tawaran gaji yang rendah.