Jangan Sisihkan Mereka DiBangku Simpanan

Tiga pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang juga pemain skuad B-18 negara telah meng3sahkan pasukan Liga Malaysia yang bakal disertai mereka bermula musim hadapan. Menurut lap0ran awal, terdapat 34 pelatih siri pertama AMD bakal memecah masuk ke pasaran Liga Malaysia dengan tiga pemain telah meng3sahkan diri disunt!ng iaitu Umar Hakeem Suhar Redzuan (Johor Darul Ta’zim), Ahmad Zikri Mohd Khalili dan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel pula memilih Selangor. Ini merupakan graduan pertama AMD yang bakal mengharvngi musim pertama mereka.

Adakah mereka sudah bersedia untuk bersaing bersama pemain senior atau lebih tepat lagi bertarvng dengan sistem pasukan yang mungkin ‘menyis!hkan’ mereka? Bukanlah penulis mahu bersikap prejudis. Namun, sejauh mana pemain muda berbakat negara sebelum ini yang berpeluang men3mbus masuk ke skuad utama? Adakah masalah sikap punca kepada kehil@ngan bakat-bakat muda negara sebelum ini? Penulis lebih mahu melihat kepada peluang yang diperolehi oleh pemain-pemain muda sebelum ini. Masih ingat impak gandingan R. Kogileswaran dan Najmuddin Samat tinggalkan dalam saingan Kejohanan AFC B16 pada 2014. Malaysia hampir layak ke Piala Dunia B-17, sebelum tewas 1-2 kepada Australia di suku akhir.

Selain sensasi yang dicipta gandingan Kogi dan Najmuddin, jangan dilupakan penjaga g0l yang berjaya menafikan kemenangan Korea Selatan, ketika di pusingan kelayakan dengan kemenangan 2-0 iaitu Haziq Nadzli serta pertahanan kental, R. Dinesh. Kini majoriti pemain-pemain tersebut berusia sekitar 21 tahun. Di mana mereka ketika ini dan berjayakah mereka menembvsi skuad utama yang bersaing di liga? Tidak dinafikan ada dikalangan mereka yang mengalami kec3deraan berpanjangan seperti Najmuddin Samat, tetapi bagaimana nasib rakan-rakan lain? Kebanyakkan pemain di usia itu, menjadi pilihan ketiga pasukan di bel@kang pemain seni0r dan pemain imp0rt. Inilah ‘sistem’ yang perlu dit3mbusi graduan AMD. Namun, jika mereka berp0tensi, wajar dan tidak salah untuk diberikan peluang kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *