Jangan Pandang Mudah,Pesan Baddrol

Kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar mahu semangat skuad Lang Merah terus kekal membara dalam usaha memburv kemenangan kelima pada aksi Liga Super menent@ng Sabah Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

M0mentvm dan semangat kemenangan yang kami perolehi sebelum ini akan kami bawa ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur untuk berdepan Sabah bagi meneruskan perjuangan membvru kemenangan kelima.Setiap perlawanan yang dihadapi termasuk menent@ng Sabah itu, kami tidak pandang mudah. Malah kami akan terus bekerja keras untuk mencapai kemenangan katanya mengulas pertemuan berkenaan.

Baddrol berkata Kedah yang kini berada pada kedudukan kedua dalam carta Liga Super perlu menyerap setiap cabaran yang dihadapi skuad Lang Merah tanpa memikirkan saingan pasukan lain.

Bagi saya, itu satu cabaran untuk kami tempuh pada masa ini. Kedudukan di tangga kedua itu juga satu m0tivasi buat kami memastikan Kedah kekal berada pada kedudukan tiga terbaik dalam saingan Liga Super musim ini, katanya.

Dalam pada itu, pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak mengesahkan pemain pertah@nan Kedah, Renan Alves dijangka kembali memperkuatkan pasukan berdepan Sabah malam esok.

sumber:BH

Kehadiran Alves bakal memberi kekuatan tambahan di ruang pertah@nan dari segi fizikal. Ini penting kerana Sabah juga memikili corak ser@ngan yang bahaya. Gandingan beliau dan pemain lain dibarisan jentera pertah@nan sangat diperlukan dalam perlawanan seterusnya, katanya.