Video ‘Jangan lupa jasa TMJ’Padu Kata-Kata TMJ

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon berharap jasa mantan Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memartabatkan Liga Malaysia tidak dilupakan semua pihak. Menurutnya, terdapat banyak kemajuan dalam arena liga bola sepak tempatan ketika di era Tunku Ismail dan semua pihak tidak boleh menafikan impak yang dicetuskan dalam saingan Liga Malaysia.

Justeru, beliau mengharapkan segala gerak kerja Tunku Ismail akan diteruskan oleh Datuk Hamidin Mohd Amin dan yakin pengaruh yang dimiliki Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu akan membawa MFL ke mercu lebih tinggi.

🔥 CHILL ❄️Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, December 27, 2019

“Pada era Tunku Ismail, sememangnya kita tidak boleh nafikan kemajuan berlaku pada beberapa tahun lalu yang sangat penting dalam persada Liga Malaysia. Saya rasa jasa yang dibawa Tunku Ismail perlu dilihat semua pihak kerana banyak perubahan dalam memperkasakan nilai Liga Malaysia dan bola sepak kita khususnya.

“Tanpa Tunku Ismail, bola sepak kita tidak sampai seperti hari ini yang jelas sudah banyak perbezaan dan pelantikan Datuk Hamidin tepat pada masanya memandangkan beliau sudah bekerjasama begitu lama dengan Tunku Ismail serta mampu meneruskan kelangsungan sedang dikecapi,” katanya. Antara beberapa perubahan diambil Tunku Ismail ketika bergelar Pengerusi MFL ialah hak penyiaran ditingkatkan kepada semua pasukan yang bertanding di Liga Super dan Liga Premier selain peningkatan siaran langsung perlawanan sebanyak 295 perlawanan daripada 66 perlawanan sahaja pada tahun 2016.

🔥Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, December 27, 2019

Selain itu, Tunku Ismail turut bertanggungjawab memastikan pelesenan kelab diperkasakan, pengenalan Blueprint 50 tahun MFL – Next50 dan penglibatan banyak penaja bersama Liga Malaysia.

Hamidin dipilih menjadi Presiden MFL pada Sabtu lalu di Mesyuarat Rakan Kongsi Liga 2019 menerusi undian Ahli Lembaga Pengarah yang menyaksikan status jawatan pengerusi ditukar kepada presiden dengan calon untuk menduduki kerusi tertinggi itu adalah di kalangan Ahli Lembaga Pengarah MFL serta tidak terikat dengan mana-mana pasukan atau kelab Liga Malaysia.

Sumber: SinarHarian

Video:johorsoutherntigers.com.my