Jangan Jadi Macam Saya – Akmal Rizal

PENYRANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin diminta menjadi contoh terbaik kepada barisan pemain muda negara apabila secara rasmi menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk nanti.

Menurut bekas penyrang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, realiti sebenar produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu hanya akan bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di bumi Belgium.

“Alhamdulillah, Luqman akhirnya dapat merealisasikan impiannya beraksi bersama KV Kortrijk. Dengan kualiti dan keazaman tinggi, Luqman akan mudah mengembangkan karier menjadi pemain terbaik negara seterusnya menjadi contoh kepada pemain muda lain.

“Cuma perubahan persekitaran adalah cabaran dan ujian terbesar yang perlu dilalui Luqman sebaik mungkin kerana di sana, dia perlu memiliki jiwa seorang pejuang bagi merealisasikan segala impiannya.

“Dia perlu bersaing tidak hanya dengan pemain tempatan tetapi juga pemain benua Afrika sama seperti apa yang saya lalui di Perancis suatu masa dulu. Inilah realiti cabaran dan ujian yang perlu Luqman hadapi di KV Kortrijk nanti,” kata Akmal kepada Sinar Harian kelmarin.

Mengenai dilema home sick yang pernah terjadi kepada segelintir pemain tempatan yang berkelana ke luar negara, Akmal Rizal tidak menafikan situasi berkenaan, namun tegasnya seseorang pemain perlu matang dengan meletakkan kariernya sebagai keutamaan.

“Pada masa saya dulu, perasaan hendak pulang semula ke Malaysia tidak timbul kerana saya pergi ke Perancis dengan nawaitu untuk memajukan karier bola sepak. Saya mengambil masa sebulan dua untuk menerima perubahan persekitaran baharu dalam hidup saya.

Tidak dinafikan kerinduan terhadap keluarga, kawan-kawan dan persekitaran kampung halaman itu sering bermain di fikiran pada masa itu, namun inilah perkara yang perlu saya hadam sekiranya mahu berjaya pada masa depan.

Cuma pada masa itu saya berkomunikasi dengan keluarga di Malaysia menggunakan telefon kerana pada zaman itu belum lagi wujud penggunaan media sosial dan aplikasi mesej segera seperti WhatsApp. Tapi saya percaya dengan teknologi canggih sekarang, ia bukan satu masalah besar,” jelasnya.

Bekas penyrang negara yang pernah beraksi bersama kelab Jerman, SV Wehen, Rudie Ramli pula percaya Luqman akan menjadi pemain terbaik negara suatu hari nanti jika mampu menyerap budaya kehidupan di Belgium.

Menurutnya, elemen persekitaran juga antara faktor penting perlu diharungi Luqman sekiranya ingin terus kekal relevan dalam atmosfera bola sepak negara benua Eropah itu.

Sejujurnya persekitaran di negara kita tidak sama dengan persekitaran di Eropah, ini antara cabaran penting yang pemain muda negara kena terima kerana mereka tidak boleh berasa selesa apabila berada di negara orang.

Sumber:SH

Sememangnya dapat beraksi di Eropah ini bukanlah mimpi indah, sebaliknya satu cabaran yang akan mematangkan karakter seseorang pemain itu. Saya harap Luqman dapat habiskan musimnya bersama KV Kortrijk bagi mengintai peluang beraksi peringkat lebih tinggi, katanya.