Jangan Banyak Alasan

PASUKAN yang menghadapi masalah kewangan tidak sepatutnya memberikan alasan dan perlu bersedia sepenuhnya untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan pada 26 Ogos depan, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, pihak pengurusan pasukan yang bermasalah perlu sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi mereka dan bukannya cuba meminta simpati atau bantuan daripada MFL atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tanggungjawab cari dana ini sudah tentu terletak di bahu pengurusan pasukan. Kebanyakan pasukan yang hadapi masalah kewangan ini sebenarnya dah tak ada duit sebelum C0v!d-19 melanda lagi. Jadi, jangan bagi alasan kerana C0v!d-19 mereka makin susah.

Kalau ikutkan MFL dan FAM dan tolong banyak perkara. Contohnya saingan Liga-M dan Piala Malaysia dipendekkan selain tak ada perlawnan Piala FA.FAM juga dah batalkan sa!ngan Piala Belia dan Piala Presiden. Kat situ dah banyak boleh jimat.

Malah, FAM juga benarkan pemotongan gaji pemain dan pegawai sepanjang tempoh C0v!d-19 sampai 30 peratus. Bagi saya itu jumlah yang banyak untuk setiap pasukan berjimat. Setiap pasukan juga sudah tentu ada bajet mereka sendiri dan telah terima wang daripada penaja sebelum liga bermula. Jadi, ke mana duit itu, katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan beberapa pasukan menghadapi masalah kewangan apabila C0v!d-19 melanda dengan beberapa penaja mula menarik diri daripada menaja pasukan.

Keadaan itu menyebabkan ada pasukan yang risau akan berdepan masalah kewangan yang lebih serius jika gagal mencari penaja yang boleh menaja mereka sebelum saingan liga bermula apatah lagi kos dijangka makin meningkat kerana perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan sewaktu perlawnan.

Mengulas lanjut, Sathianathan meminta pengurusan pasukan perlu bijak mencari cara untuk mendapatkan penaja walaupun menyedari kesukaran dengan banyak syarikat menghadapi masalah kewangan ketika ini.

Kami sebagai jurulatih dan juga pemain dah banyak berkorban dengan pemotongan gaji. Ada jurulatih daripada Piala Belia dan Piala Presiden yang hanya dapat 25 peratus sahaja daripada gaji. Jadi, sekarang tugas pengurusan lah pula mencari dana dan menjaga pasukan dengan baik.

“Jangan jadikan alasan kerana C0v!d-19 menjadikan pasukan makin teruk. Saya bagi contoh, banyak peniaga di luar sana yang terjejas kerana C0v!d-19, tetapi mereka bukan putus asa dan meratap sahaja. Mereka cari cara untuk bangkit. Sama jugaklah dengan situasi menguruskan pasukan. Mereka kena ada cara yang betul.

sumber:SH

Kalau rasa tidak mampu, mereka boleh berundur. Jangan main profesional dan bermain di liga amatur. Itu lebih baik, katanya.