Jangan Bagi Muka atau Belas ihsan

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan (Liga Bolasepak Malaysia (MFL) harus mengambil pendekatan lebih tegas tanpa memberikan talian hayat kepada pasukan yang dikategorikan sebagai tenat membabitkan kewangan mereka.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Mohd Sadek Mustaffa berkata, kelonggaran yang diberikan kepada pasukan yang mempunyai bebanan hutang tinggi dan kurang berkemampuan menyebabkan banyak pihak akan menerima kesan buruknya.

Beliau berkata, perkara terbabit dapat dilihat menerusi tunggakan gaji dan hutang hingga mencecah jutaan ringgit sekali gus memberi kesan buruk kepada industri bola sepak negara.

“Jika ikutkan sekarang ini banyak pasukan sudah tenat dan tindakan lanjut perlu diambil bagi mengelak maruah Malaysia terutama membabitkan sukan bola sepak tercalar.

“Antara perkara yang perlu dilakukan adalah gantung terus pasukan yang mempunyai hutang berlambak daripada bertanding.

“Jangan ada talian hayat atau belas ihsan kepada mereka dengan hanya membenarkan bertanding jika semua hutang sudah diselesaikan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, arena bola sepak negara dikejutkan dengan beberapa pasukan termasuk bertaraf gergasi dan mempunyai sokongan kewangan kukuh mempunyai tunggakan gaji pemain sejak Februari lalu.

Sumber : HM

Malah, hukuman membabitkan bekas pemain Kelantan, Casio Francisco De Jesus Lebih RM600,000 turut mencalar imej bola sepak negara apabila tindakan lebih berat akan dikenakan pasukan terbabit jika gagal mencari jalan penyelesaian dalam waktu terdekat ini.